Pages

Tuesday, May 24, 2011

- Terima Kasih Allah -

Terima kasih Tuhan kerana telah menyedarkan aku..
Terima Kasih kerana telah membuka mata hatiku..
Terima Kasih kerana telah memberi PetunjukMU...


Alhamdullilah kerana aku tidak hanyut dalam kealpaan
Alhamdullilah kerana aku terhindar dari kehinaan
Alhamdullilah kerana aku sedar akan hikmahNya


Aku pasrah atas kesakitan yg aku terima..telah KAU ambil dia dariku.. kerana KAU tahu dia bukan yg terbaik utkku... 
Aku bersyukur padaMU hanya keranaMU yg selalu mendengar rintihan dan doaku... Alhamdullilah... wlu aku terasa sakitnya namun aku sedar Allah amat menyayangiku dan menyedarkan aku agar aku tidak terus hanyut dalam.....
Menanti yg bukan milikku
Memberi pada yg tak sudi
Berkorban pada yg tidak menghargai...


Namun dalam doaku tetap tersemat doa untuknya agar dia benar2 kembali ke jlnNYA bkn hanya sekadar kata2...aku pernah tersalah langkah tp alhamdullilah aku kembali ke jlnNya dan aku mengharap keampunanNya. Terima Kasih atas hikmahMU ini..
Sebelum ini aku jalani hidupku dgn seribu kekesalan atas kesilapan ku tp petunjukMU memberi aku seribu pengertian bahawa tiap sesuatu yang telah KAU takdirkan adalah yg terbaik utkku.. Alhamdullilah...


Ya Allah...Ku mohon dariMU agar terus memberi aku ketabahan dan kekuataan untuk melalui kesakitan dari dugaanMU ini..mudah2an aku dapat menikmati keindahan pelangi sebelum aku menemuiMU.. 
Hanya KAU yang layak utk menentukan segalanya dan hnya KAU yg Maha Mendengar akan doa2ku..
Berilah aku kesabaran menanti tiap2 doaku dimakbulkan olehMU...
Aku berjalan diatas jalanMU dan aku menyayanginya keranaMU Lillahi Ta'ala..
Terima Kasih Allah S.W.T

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...